BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Adakah golongan sekular dan golongan fasik boleh menjadi imam solat fardhu jika ada imam yang lebih berkelayakan di suatu tempat tersebut contohnya masjid di sekolah atau masjid di asrama?


message user image

Jawapan  

وعليكم ورحمة الله وبركاته السلام

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Berikut adalah orang yang layak menjadi imam mengikut keutamaan (afdhal);

  • Yang paling faqih (iaitu yang paling mengetahui dan memahami) hukum-hakam syariah Islam, terutamanya perkara yang berkaitan solat seperti sah dan batalnya solat dan lain-lain.
  • Yang paling baik bacaan al-Quran
  • Yang paling warak (iaitu mereka yang menjauhi perkara syubhah)
  • Yang paling awal memeluk islam
  • Yang mulia nasabnya atau keturunan mengikut turutan bermula daripada bani hashim, bani muthalib, kemudian diikuti quraish, kemudian bangsa arab, diutamakan anak orang yang soleh dan alim daripada yang disebutkan dari nasab
  • Yang paling baik keperibadian
  • Yang paling bersih tubuh badan dan pakaian
  • Yang paling lunak suara
  • Yang paling baik penampilan

Berbalik kepada soalan yang diajukan, umat Islam hendaklah sentiasa bersangka baik dengan sesama muslim yang lain selagi mana tidak jelas ciri sekular atau fasik yang ditujukan kepada individu tertentu. Sekiranya jelas ciri sekular dan fasiknya, namun tidak melakukan perkara yang membatalkan akidah, mereka masih boleh menjadi imam dengan syarat memenuhi rukun dan syarat sah solat. Namun lebih afdhal imam dipilih dalam kalangan mereka yang mempunyai ciri di atas.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 139

message user image