BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Apakah hukum melaksanakan solat tahiyyatul masjid di surau jumaat 


message user image

Jawapan  

وعليكم ورحمة الله وبركاته السلام

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Disunatkan kepada seseorang Islam yang memasuki masjid untuk menunaikan solat sunat Tahiyyatul Masjid. Adapun Surau Jumaat, ia tidak dikategorikan sebagai masjid dan tidak disunatkan solat Tahiyyatul Masjid di dalamnya. Walaupun begitu, para jamaah masih boleh menunaikan solat sunat lain seperti solat sunat Wuduk ketika masuk ke dalam surau sekiranya wuduk baru diambil di surau.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 165

message user image