BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan Mufti, adakah jemaah-jemaah dakwah yang datang ke masjid atau surau selama beberapa hari boleh menggunakan elektrik dan air untuk kegunaan peribadi seperti mandi, mengecas telefon bimbit? Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Jemaah Dakwah yang datang ke Masjid atau Surau selama beberapa hari boleh menggunakan elektrik dan air untuk kegunaan peribadi seperti mandi, mengecas telefon bimbit dengan syarat kehadiran mereka mendapat persetujuan pihak pengurusan Masjid atau Surau berkenaan. Penggunaan sumber tersebut juga hendaklah berada pada kadar yang diperlukan sahaja dan tidak berlebih-lebihan sehingga membawa kepada pembaziran.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 165

message user image