Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
1. Assalamualaikum ustaz, saya ambil telur ayam dan najis pada telur ayam kering dan tangan saya pun kering. Selepas itu, saya basuh kulit telur ayam dan saya lap tgn guna baju saya. Adakah najis pada kulit telur itu telah berpindah ke baju saya. 2. Jika seseorang ada tanda2 keluar Mani dan basahan pada seluar bukan warna putih. Soalan saya, adakah air Mani memang berwarna putih atau jika ada tanda2 keluar Mani tapi basahan bukan berwarna putih, adakah basahan itu dikira Mani walaupun tidak berwarna putih. 3. Selepas mandi wajib, tiba tiba muncul was was yang mengatakan ada bahagian yang tidak rata, adakah kena mandi semula jika was was datang sedangkan dah lama dlm bilik air masa Mandi wajib. Terima kasih atas pencerahan.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan tuan:
1) Najis pada kulit telur tidak berpindah ke baju anda kerana tangan yang membasuh telur tersebut telah pun bersih dan suci semasa proses basuhan telur tersebut.
2) Hukum wajib mandi hadas besar terdapat beberapa tanda yang telah disebutkan oleh para ulama yang menunjukan bahawa ia adalah air mani dan wajib ke atas sesiapa yang ada salah satu daripada tanda-tanda ini untuk mandi wajib, tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan. Tanda-tandanya ialah :
Oleh itu, berdasarkan tanda-tanda di atas jika ianya berlaku maka air tersebut dikenali sebagai air mani. Ia tidak berdasarkan kepada warna putih atau tidak air tersebut. Hanya pada kebiasaanya air mani berwarna putih dan mungkin berubah warna atas faktor kesihatan.
3) Jika dilihat kepada syarat fardu bagi mandi wajib, seseorang itu hanya perlu untuk menghilangkan najis di badannya sekiranya ada dan meratakan air ke seluruh badan dengan disertakan niat untuk mengangkat hadas. Apabila seseorang itu melaksanakan fardu mandi wajib maka mandi wajibnya telah sah dan tidak perlu untuk dia mengulanginya sekali lagi. Begitu juga, jika dalam keadaan anda yakin bahawa anda telah melaksanakan mandi wajib, namun kemudiannya anda syak bahawa terdapat bahagian yang tidak rata, maka hukum mandinya masih kekal sah. Ini kerana kaedah fiqh menyebutkan bahawa:
اليَقِينُ لَا يَزُولُ بِالشَّك
Maksudnya: Keyakinan tidak akan terangkat dengan sebab syak.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.