Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
Saya ingin bertanya soalan berkenaan dgn hutang, sebelum itu saya akan menerang kan situasi saya:
Saya mempunyai seorang kawan yang suka mengada adakan hutang kepada orang lain, iaitu dia akan mengajak kami keluar pergi jalan-jalan menggunakan kereta dia (kdg2 dia memaksa), selepas itu dia akan kira berapa jauh kami bawa, tetapi dia mengganda kan hutang tersebut dengan mengikut kepala
Contoh: Gombak - Batu caves = RM 10
2 orang (kalau transport biasa, x kisah berapa orang tetap RM 10)
Tapi dia kira seorang RM 10, so di situ dia untung RM 10, dan dia membuat kerap kali sehingga hutang kami mencecah puluhan ringgit, adakah halal duit yang diterima?
1. Dia membuat orang berhutang dengan nya walaupun dia yg ajak
2. Dia mengganda kan harga tersebut dengan alasan untuk bayar duit minyak
Dan apabila saya hendak bayar, dia tidak mahu terima dan akan tolak duit hutang itu dengan membuat kan saya membayar untuk dia, seperti makanan dan sebagai nya
Itu sahaja soalan saya, saya ingin sedikit pencerahan kerana saya takut kawan saya dan saya sekali bergelumang dalam dosa, wallahu a'lam. Terima kasih dan Assalamualaikum
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 282: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوهُ ۚ وَلْيَكْتُب بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar). Hadis daripada Abdullah bin Amru RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: يُغْفَرُ لِلشَّهِيدِ كُلُّ ذَنْبٍ إلَّا الدَّيْنَ Maksudnya: Diampunkan semua dosa bagi orang yang terkorban mati syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia) (Riwayat Muslim) Mengikut kepada situasi tuan dan rakan tuan menampakkan rakan tuan mengambil kesempatan dari tuan yang tidak berterus-terang berkaitan permasalahan ini. Sekiranya tuan bersahabat baik dengan kawan tersebut adalah sebaiknya menasihati kesalahan (memaksa) yang dilakukan. Setiap perkara hendaklah dibuat dengan jelas lebih-lebih lagi berkaitan dengan hutang. Hendaklah jelas berapa nilainya dan kaedah pembayarannya. Tuan juga bebas untuk memilih dan menolak ajakan tersebut jika tidak memenuhi keinginan tuan. Sekiranya rakan tuan menganggap ianya hutang, sebaiknya dilunaskan apa yang dianggap hutang. Caj RM10 contohnya bagi setiap penumpang adalah menjurus kepada upah atau caj perkhidmatan yang diberikan iaitu menggunakan kenderaannya dan sebagainya. Caj ini hendaklah dibayar setelah tuan menerima manfaat daripada penggunaannya dan menjadi hutang jika ianya tidak dibayar. والله أعلم بالصواب |