BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..saya bekerja di sebuah syarikat insurans bukan seabagai agent tetapi staff operation..jd saya nak tanya apakah hukum pekerjaan saya adakah halal atau haram disisi agama? Kerana tunang saya merasa was2 dengan sumber pendapatan saya dr pekerjaan ini..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Syarikat insurans konvensional terlibat dalam urusniaga yang jelas tidak patuh syariah kerana mempunyai unsur-unsur judi dan riba. Bekerja di syarikat insurans adalah diharamkan jika terlibat dalam perkara yang mempunyai hubung kait langsung dengan jual beli insurans, penyediaan kontrak, saksi, memberi kelulusan dan sebagainya. Mempromosikannya juga adalah dilarang. Namun, sebahagian ulama menghukumkan harus selagimana pekerjaannya tidak terlibat secara langsung dalam perkara yang diharamkan. Sebaik-baiknya berusaha untuk mencari pekerjaan lain jika boleh. Fatwa-fatwa berkenaan insurans konvensional boleh rujuk seperti berikut:

1) https://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa/2010/743-hukum-mempromosikan-produk-insurans-konvensional-menurut-perspektif-syariah 

2) http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/3 

3) https://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa/2010/568-hukum-status-pampasan-polisi-insurans-konvensional-selepas-kematian-pembeli-polisi

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 556

message user image