BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

As Salam wbt.

Pertanyaan saya berkenaan solat jumaat. Jika imam terlupa membaca satu ayat al fatihah atau tertinggal salah satu rukun solat ketika sedang solat dan setelah memberi salam makmum memberitahunya tentang perkara itu, apakah yang seterusnya patut dilakukan oleh imam tersebut? Mengulangi solat jumaat tersebut atau memulakan kembali sedari awal termasuk khutbah dibaca semula atau mendirikan semula solat tetapi solat zohor bukan solat jumaat.

Sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Jika imam terlupa membaca satu ayat daripada surah al-Fatihah atau tertinggal salah satu rukun solat Jumaat dan setelah memberi salam makmum memberitahunya tentang perkara itu dan imam yakin bahawa kekurangan rukun atau syarat sah telah berlaku, solat Jumaat tersebut dikira terbatal dan imam hendaklah;

  1. Memaklumkan kepada semua makmum bahawa solat Jumaat yang dilaksanakan adalah terbatal dan perlu diulang semua bermula dengan khutbah. Antara syarat sah khutbah adalah muwalat (berturut-turut) antara dua khutbah dan solat Jumaat. Oleh kerana jarak masa antara khutbah telah diselangi dengan solat Jumaat yang batal, maka telah putus muwalat di antara dua khutbah dan solat Jumaat yang baharu.
  2. Memaklumkan kepada semua makmum untuk mendirikan solat fardhu Zohor sebagai ganti sekiranya makmum telah bersurai atau tidak cukup bilangan 40 orang makmum.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 247

message user image