BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz. 1. Ketika saya bangun tidur, saya nampak ada tompokan di seluar dalam, tompokan itu tidak berwarna putih dan tidak berwarna. saya tak merasa apa2 kelazatan, hentakan dan tidak berbau seperti hanyir telur, lalau saya gesekkan cecair itu pada jari dan cecair itu bertukar jadi warna putih. Saya masih keliru, itu air apa sebenarnya. Perlukah saya mandi wajib.  2. Bila saya bangun tidur juga, kadang kadang ada satu kesan benda yang kering pada seluar dalam, kdg2 warna benda kering itu putih dan kdg2 berwarna macam kuning2 putih, saya hidu benda kering itu dan tidak ada bau hanyir telur dan saya juga tak merasakan kelazatan mahupun hentakan. Lalu saya kuping benda kering itu. Saya was was adakah benda kering itu ialah kering air Mani, madzi atau wadi.  3. Air wadi macam mana, adakah air wadi memang keluar bila seseorang angkat benda berat sahaja ataupun air wadi boleh saja keluar sekiranya seseorang letih tanpa angkat barang berat mcm berjalan, berlari, dan lain lain. Adakah air wadi boleh keluar sekiranya seseorang itu tidur walaupun tidak penat. Saya masih keliru dan was was tentang bab air ni. Terima kasih atas pencerahan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

 Merujuk kepada persoalan tuan, perlu pastikan keadaan cecair tersebut seperti berikut:

1. Air mani: Iaitu air yang keluar dengan cara dan rasa lazat, serta diiringi lembiknya zakar dan merasai kepuasan syahwat selepasnya. Sekalipun ia tidak memancut kerana kuantitinya yang sedikit walaupun sekadar satu titis sahaja, atau keluar seperti warna darah kerana terlalu kerap melakukan jimak. Cecair ini mempunyai bau seperti tepung yang diuli apabila ia basah, atau berbau hanyir seperti bau telur putih jika ia kering. Wajib mandi wajib meskipun tidak merasa lazat ketika keluarnya ataupun jika keluarnya tanpa memancut (bagi lelaki) seperti keluar selepas mandi, sama ada bagi lelaki atau wanita. Tidak disyaratkan wujud kesemua sifat tersebut tetapi memadai dengan satu sifat sahaja. Jika kesemua sifat yang tersebut tidak ada, tidak wajib mandi kerana ia bukan mani. Air mani adalah suci dan ia bukan najis.

2. Air mazi: Iaitu air yang berwarna putih, halus dan melekit. Keluar ketika bangkitnya permulaan syahwat atau ketika bermesra bersama isteri, atau memikirkan dan berkhayal tentang perlakuan jimak. Ia keluar tanpa memancut dan tidak diiringi dengan lembiknya zakar, kadang-kadang ia keluar tanpa disedari. Tidak wajib mandi dengan sebab keluarnya air mazi. Air mazi adalah najis mutawassitah dan wajib disucikan.

3. Air wadi: Iaitu air yang keruh dan pekat yang hampir menyerupai mani dari sudut kepekatannya dan tidak sama seperti mani dari sudut kekeruhan warnanya, tidak mempunyai warna dan keluar selepas kencing atau ketika mengangkat sesuatu yang berat. Ia juga boleh keluar akibat melakukan kerja atau aktiviti yang memenatkan atau meletihkan. Air wadi keluar sebanyak satu atau dua titisan, tidak wajib mandi dengan sebab keluarnya air wadi. Air wadi adalah najis mutawassitah dan wajib disucikan.

Berdasarkan kepada situasi tuan, jika demikian keadaannya, maka ia merupakan air mazi dan tidak wajib mandi dengan sebab keluarnya cecair tersebut.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 1034

message user image