Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Apakah hukum memakai krim untuk kurangkan atau hilangkan kedut di bawah mata?
Terima kasih.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد
Berdasarkan soalan puan, hukum memakai krim untuk mengurangkan atau menghilangkan kedut di bawah mata adalah harus jika bahan krim yang digunakan adalah halal dan suci. Manakala penggunaannya tidak mendatangkan kesan yang memudaratkan. Di samping itu, perlu dipastikan bahawa penggunaannya tidak menghalang air daripada mengenai kulit ketika mengambil wuduk atau mandi wajib. Sebagaimana kaedah Fiqah:
لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ
Maksudnya: Tidak boleh memudaratkan dan tidak boleh membalas mudarat dengan mudarat.
والله أعلم بالصواب