Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah hukum seseorang menerima duit raya dari pihak kontraktor ketika musim perayaan, dan tiada balasan pun diterima sekadar persaudaraan sesama islam?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, pemberian duit raya daripada pihak kontraktor ketika musim perayaan dan tiada balasan sekadar persaudaraan Islam adalah harus. Ini bertepatan dengan usaha menzahirkan syiar Islam menerusi kegembiraan memberi dan menerima hadiah serta mengeratkan hubungan silaturrahim. Berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 Peraturan 8 (1), pegawai awam tidak boleh menerima atau memberi atau melalui pihak lain yang ada kaitan tugas rasminya. Walau bagaimanapun dalam keadaan yang sukar ditolak, dan merasa ragu-ragu maka dengan seberapa segera melaporkan secara bertulis kepada Ketua Jabatannya untuk kebenaran. (Rujuk Para 9 PP 3/1998 ) (http://www.sprm.gov.my/index.php/hadiah) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.