BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Bulan syawal bermulanya musim haji.

Mutakhir ini, banyak pakej umrah lepas raya eidul fitri.  Adakah yg melakukan umrah sahaja waktu ini di kenakan dam? Arab saudi pun tak benarkan visa pelancong buat umrah waktu haji. Terima kasih


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Tiada halangan dari sudut hukum syarak serta tidak dikenakan dam bagi seseorang yang melaksanakan ibadah umrah pada bulan Syawwal. Mereka yang dikenakan dam adalah mereka yang mengerjakan umrah pada bulan-bulan haji iaitu Syawwal, Zulqa'dah dan Zulhijjah kemudian menetap di Mekah untuk mengerjakan haji pada tahun yang sama, maka dalam situasi ini dia termasuk orang yang mengerjakan Haji Tamattu' dan dia dikenakan dam.

والله أعلم بالصواب

 

Sekian, terima kasih.                                                                     


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 124

message user image