Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz,
Saya bekerja di kedai menjual pakaian. Pada bulan puasa, ramai pelanggan yang datang ke kedai kami untuk membeli-belah. Setiap hari, majikan saya akan ada di kedai dan melayan pelanggan juga. Tapi saya ada kerisauan di mana majikan saya akan suruh saya melayan pelanggan walaupun waktu solat telah masuk dan sehingga kadang-kadang saya tertinggal solat ketika bulan puasa. Majikan saya lebih mementingkan jualannya sehingga melupakan tentang kewajipan seorang muslim/muslimah untuk menunaikan solat. Ada ketika tengah solat, dia akan memanggil nama saya untuk saya layan pelanggan dan membuatkan saya tidak khusyuk. Adakah majikan saya akan menanggung dosa saya yang tidak solat ketika waktu di bulan puasa. Apakah hukum kepada majikan yang tidak mementingkan solat tapi lebih mementingkan keuntungan di bulan puasa sehingga tidak pernah mengingatkan pekerjanya untuk solat ketika masuk waktu dalam waktu bekerja. Adakah gaji yang saya dapat mendapat berkat daripada Allah S.W.T kerana banyak kali saya tertinggal solat ketika bekerja di mana majikan lebih memilih keuntungan berbanding ibadah di bulan puasa. Untuk pengetahuan ustaz, majikan saya merupakan orang Islam juga sama seperti saya.
Jawapan
|