BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz,

Saya ingin bertanyakan mengenai sah.

Pada tahun 2007 saya merasakan saya telah pun baligh asbab bermimpi hingga mengeluarkan air mani. 


Tetapi pada ketika itu saya merasakan ianya bukanlah air mani dan menangguhkan mandi wajib. Saya juga tidak mendapatkan pandangan ibu bapa ketika itu. 
 

Tibanya bulan ramadhan, saya menjalankan ibadah puasa seperti biasa.

Apakah status puasa pada ketika itu? Adakah sah puasa saya pada tahun tersebut?

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Untuk pengetahuan saudara syarat sah puasa adalah Islam, baligh, suci dari haid dan nifas, serta berpuasa diwaktu yang dibenarkan berpuasa. Pada asasnya, tidak disyaratkan suci dari hadas besar (mandi wajib) bagi mereka yang berjunub (termasuk keluar air mani) pada waktu malam untuk berpuasa pada siang harinya. Seandainya dia terus berpuasa tanpa mandi wajib, puasanya tetap sah. Namun persoalan timbul berkaitan dengan kewajipan menunaikan tanggungjawab solat yang menyaratkan suci daripada hadas, sama ada kecil mahupun hadas besar.

Merujuk kepada persoalan saudara, seandainya saudara telah pun sampai usia baligh pada tahun 2007, puasa saudara sah, walaupun saudara tidak mandi wajib. Namun, adalah berdosa melewat-lewatkan bersuci dari hadas besar kerana ia melibatkan meninggalkan fardu solat. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 111

message user image