BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Apa hukum anak tiri perempuan saya tinggal dengan saya selepas saya bercerai dengan ibunya.Anak tiri berumur 18tahun.Tinggal bersama kami anak lelaki saya berumur 7tahun hasil perkahwinan saya bersama bekas isteri tersebut iaitu ibu kepada anak tiri tersebut.bagaimana jika saya hantar anak lelaki saya di kampung dan tinggal saya berdua dengan anak tiri saya.bolehkah ditangkap khalwat sedangkan dia adahlah mahram saya selamanya


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Anak perempuan tiri adalah muharramah mu'abbadah iaitu perempuan yang haram untuk dinikahi selama-lamanya oleh bapa tiri, iaitu suami yang menikahi ibu anak perempuan tersebut secara sah dan telah berlaku persetubuhan antara mereka. Ini menjadikan tuan sebagai mahram kepada anak tiri perempuan tuan. Ini berdalilkan firman Allah SWT dalam surah al-Nisa ayat 23 :

وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ

Maksudnya: Dan (juga perempuan-perempuan yang diharamkan kamu berkahwin dengan mereka ialah) anak-anak perempuan tiri kamu yang telah kami setubuhi ibu-ibu mereka.

Oleh yang demikian, tidak timbul isu khalwat jika tuan dan anak tiri tersebut berada dalam satu rumah yang sama, seperti mahram yang lain juga.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 187

message user image