BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

salam.. saya ingin bertanya.. beberapa tahun dahulu. saya  (isteri) pernah menyuruh suami bersumpah sekiranya suami curang maka jatuhlah talak..tetapi kami benar- benar tidak ingat apa yang berlaku selepas itu samada suami bersetuju atau tidak..suami berkata dia sangat pasti tidak pernah berniat untuk bercerai atau melafazkan talak sepanjang perkahwinan kami.. tolong saya.. saya buntu.. terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Untuk pengetahuan pihak puan, lafaz talak terbahagi kepada dua. Pertama: talak sarih (jelas), iaitu seperti suami melafazkan kepada isteri: "Aku ceraikan engkau". Maka talak akan jatuh walaupun suami hanya bergurau atau tanpa niat. Kedua: talak kinayah (kiasan), iaitu seperti kata-kata suami kepada isteri: "Pergi kau dari sini aku tak nak lihat engkau lagi" atau "Kita berpisah". Talak akan jatuh sekiranya suami berniat untuk menceraikan isteri. Namun jika suami tidak berniat untuk menceraikan isteri, maka talak tidak berlaku. 

Kembali kepada soalan yang diajukan, seandainya suami ragu-ragu atau suami pasti tidak pernah melafazkan cerai kepada isteri maka talak tidak berlaku.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 248

message user image