BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamulaikum, saya ingin bertanya tentang kadaran fidyah yang ditetapkan di negeri selangor. Benarkah kadar fidyah tidak perlu digandakan di negeri selangor? Kerana tempoh hari saya melawat laman web kalkulator zakat selangor, dan di situ dinyatakan kiraan fidyah di selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun. Mohon penjelasan dari pihak tuan/puan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, Fidyah tidak berganda walaupun melangkau tahun. Bayarannya mengikut jumlah hari yang tidak sempat diganti puasanya, kemudian didarab dengan nilai secupak beras mengikut harga semasa. Contoh : 83 hari x RM1.80 = RM149.40 (Jumlah fidyah) Saudara juga boleh melayari laman sesawang Lembaga Zakat Selangor di http://www.zakatselangor.com.my/calkulator-zakat/kalkulator-fidyah/ untuk perkiraan lanjut atau boleh terus ke kaunter LZS yang berhampiran untuk keterangan lebih lanjut. Jika masih tidak dapat qada’ sehingga bertemu ramadhan berikutnya, maka perlu qada’ dan fidyah bagi setiap hari yang luput. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 108

message user image