BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan 

Saya terkeluar air mazi dan terkena sedikit pada seluar dalam saya. Seluar dalam saya sedikit sejuk / lembab ( tidak ketara) kerana cuaca panas. Sekiranya saya hendak solat perlukah saya basuh seluruh seluar dalam ataupun hanya tempat jelas terkena sahaja.

 

 

 

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Ulama bersepakat bahawa air mazi adalah cairan dari kemaluan yang dikategorikan sebagai najis mutawassitah dan boleh membatalkan wuduk. Merujuk kepada persoalan, saudara hanya perlu membasuh kemaluan dan seluar dalam yang terkena air mazi sahaja, tanpa perlu membasuh keseluruhan seluar dalam. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 128

message user image