BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum..... Saya ingin bertanya... Saya dan bekas suami sudah bercerai secara fasakh.. saya ada mendengar 1 ceramah seorang ustaz.. isteri yang nusyuz tidak layak dapat nafkah... Semasa tempoh kami berkahwin saya duduk di rumah keluarga saya..sebab suami tiada rumah...selepas melahirkan anak kami duduk di rumah keluarga suami selama sebulan...tetapi saya tidak tahan duduk disitu...saya pulang kerumah keluarga saya tanpa mintak izin suami...tidak lama suami Pon bagi izin saya tinggal di rumah keluarga saya...dan kami duduk asing..setiap Sabtu Ahad saya akan pulang ke rumah keluarga suami...dan 1 hari ibu suami ada memberi 1 rumah untuk kami suami isteri duduk...tetapi malam itu kami suami isteri ada bertengkar sebab bagi nafkah tidak cukup..suami seorang penagih..malam to die telah mengacu kan pisau dekat saya dan anak sampai saya trauma... kerana saya mintak cerai.dan keluarga saya membawa saya pulang..start dari malam to saya sudah tiada lagi hati dengan bekas suami..dan saya tidak membuat report polis..kerana malas nak panjang kan kes..selepas kes itu suami Pon selalu tidak memberi nafkah..kalau bagi Pon tidak cukup .adakah saya dikira nusyuz? 

2) seorang yang nusyuz boleh ke meminta  fasakh ?

3) kalau ada kesalahan sedikit dekat tarikh kenyataan isteri masa dlm tuntutan fasakh penceraian itu dan suami Pon mengaku salah kira  sah ke pembubaran itu?

4) ada ke pembubaran perkahwinan tidak sah?dan atas sebab apa jadi tidak sah?

 

 

 

 

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

1. Tindakan puan dan keluarga membawa puan dan anak keluar dari rumah tidak dihukumkan nusyuz jika terdapat ancaman yang nyata terhadap keselamatan puan dan anak-anak. Bahkan jika isteri yakin bahawa dia akan terus didera dan dipukul oleh suami tanpa sebab yang munasabah, maka dia mesti mencari jalan untuk mengelakkan mudarat tersebut termasuklah dengan cara mencari tempat perlindungan yang sesuai seperti di rumah ibu bapa atau kawan yang boleh dipercayai. Bahkan isteri juga sepatutnya melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa bagi menghentikannya daripada terus berlaku. 

2. Nusyuz tidak menghalang daripada permohonan cerai di mahkamah, hanya ia akan menyebabkan gugurnya hak nafkah kepada isteri tersebut. Oleh yang demikian, sekiranya isteri ingin menuntut fasakh maka ia dibolehkan dengan syarat tuntutan isteri mestilah berdasarkan sebab-sebab yang dibenarkan oleh syarak, dan yang penting mestilah dikemukakan bukti yang kukuh bagi menyokong tuntutannya.

3. Sekiranya berlaku kesilapan yang sedikit dan tidak menjejaskan fakta-fakta utama dalam tuntutan fasakh tersebut, maka ia tidak menyebabkan fasakh yang telah diputuskan itu terbatal atau tidak sah. Walau bagaimanapun, semua yang berkaitan dengan tuntutan fasakh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

4. Pembubaran perkahwinan diputuskan oleh pihak Mahkamah Syariah. Pihak mahkamah akan membuat siasatan secara mendalam sebelum membuat keputusan terhadap sebarang pembubaran perkahwinan. Sekiranya timbul ketidakpuasan terhadap keputusan mahkamah maka pasangan boleh memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut dengan mengemukakan bukti-bukti sebagai dokumen sokongan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 266

message user image