BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Asalamualaikum pihak mufti,

Saya ada soalan.

Sebelum ini anjing ada duduk bawah veranda (tempat letak motor) berbumbung.. saya seperti nampak ada kesan (lembab) pada bekas tempat duduk anjing tersebut. Tapi dalam masa yang sama saya macam was-was adakah ianya lembab atau tidak. Apakah yang perlu saya buat? Saya dalam dilema.

Saya belum sertu kawasan tersebut, tetapi setiap hari saya guna kawasan tersebut. Adakah najis tersebut telah berpindah kemerata-rata tempat?

Mohon pencerahan dari pihak mufti.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, pada dasarnya sesuatu benda adalah suci kecuali telah jelas padanya terdapat najis. Asal kepada sesuatu yang bersih itu kekal dianggap bersih sehingga terbukti secara yakin ia telah dicemari oleh najis. Andaian ataupun syak tidak mengubah status asal yang bersih itu. Sebagaimana kaedah fiqh:

اليقين لا يزال بالشك

Maksudnya: Keyakinan tidak dihilangkan oleh keraguan (syak).

Oleh itu, berdasarkan kepada pernyataan tuan terdapat anjing telah duduk bawah veranda (tempat letak motor) berbumbung, jika jelas terbukti tempat tertentu terkena najis mughallazah, seperti terdapat ain najis, maka hanya tempat yang terdapat najis itu sahaja yang perlu disertu selepas dihilangkan ain najis tersebut. Jika tiada najis anjing di kawasan tersebut, maka tempat tersebut tidak perlu disertu. Disebabkan itu, tidak berlaku perpindahan najis di merata tempat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 126

message user image