BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Seorang lelaki bercerai dengan isterinya dan punyai 3 orang anak perempuan umur antara 13-18 tahun. Bekas isteri Sudah berkahwin lain Dan anak-anak dibawa bersama. Kemudian bekas suami juga berkahwin lain dengan seorang janda beranak 3 umur antara 13-25. Janda ini kematian suami. Anak sulungnya sudah berkahwin dan tidak tinggal bersama. Hanya dua anak yang masih belajar tinggal bersama si Ibu Dan bapa tirinya Soalan saya, bagaimanakah kedudukan nafkah anak tiri tersebut? Wajibkah ke atas bapa Tiri atau Ibu kandungnya? Kerana Ibu kandungnya berniaga Dan punya pendapatan sendiri Dan lelaki tadi membantu isterinya berniaga. Lelaki itu setiap bulan salurkan nafkah pada anak2 kandung yang tinggal bersama bekas isteri. Tetapi tiada nafkah untuk anak tirinya. Semuanya ditanggung oleh Ibu kandungnya. Boleh berikan pencerahan tentang tanggungjawab nafkah tersebut.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, bagi isteri yang kematian suami, waris suami wajib menanggung tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak buahnya. Ini kerana urutan bagi wali dan ahli waris adalah disebelah pihak suami (saudara lelaki). Sekiranya arwah suami masih lagi mempunyai ayah maka ayahnya itu wajib menanggung nafkah cucunya. Sedangkan pihak isteri secara hakikatnya tidak menanggung nafkah buat anak-anaknya. Ini kerana ahli waris suami berhak keatas harta pusaka yang ditinggalkan sekiranya arwah meninggalkan sejumlah harta. Dalam masa yang sama ahli waris harus menanggung hutang sekiranya arwah meninggalkan hutang. Sekalipun isteri arwah mampu untuk menyara keperluan anak-anaknya, sebagai wali dan ahli waris hulurkanlah segala bentuk bantuan serta sokongan sekadar mengikut kemampuan, supaya tanggungjawab yang diamanahkan tidak akan dipersoalkan kelak oleh Allah SWT. Wallahu ta’ala a’lam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 371

message user image