BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum , saya ada soalan, harap boleh bantu, dulu saya ni jahil, selalu tinggal solat, skrng dah insaf , dan saya dah anggarkan solat itu utk diqadakan

soalan saya

1.Bolehkah saya qada solat² tersebut dan hanya melakukan rukun² yg wajib sahaja, supaya saya boleh qada banyak solat² itu, sebab saya tinggal dah bertahun, dan saya hanya ada luangan masa pada waktu tengah malam sahaja sebab selalu balik lewat

2.jika saya dah habiskan qada semua anggaran solat itu, dan melakukan solat sunat, adakah solat sunat itu dikira solat qada ,jikalau anggaran yg tadi tidaklah mencukupi sebenarnya, mengikut yg telah ditinggalkan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله و بركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه الأجمعين أما بعد

1. Merujuk kepada soalan pertama yang diajukan, menurut pendapat Mazhab al-Syafi'i, hendaklah diqada’ solat yang telah ditinggalkan walaupun bukan disebabkan tertidur atau lupa. Qada' solat yang ditinggalkan perlu dilaksanakan semampu yang mungkin secara beransur-ansur sehingga diyakini selesai. Untuk pengetahuan, qada' solat fardu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan tiada waktu larangan padanya. Adapun qada' solat dengan hanya melakukan rukun-rukun yang wajib sahaja adalah sah namun mengurangkan pahala.

2. Merujuk kepada soalan kedua pula, solat sunat yang dilaksanakan tidak boleh menjadi solat qada'. Adalah tidak menjadi halangan untuk tuan melaksanakan solat sunat walaupun belum selesai mengqada' solat, namun sebaiknya tuan menyelesaikan terlebih dahulu qada' solat yang ditinggalkan sehingga berasa yakin.

والله أعلم بالصواب 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 137

message user image