Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum.
Saya ada beberapa soalan, maaf jika panjang, saya cuba pendekkan.
Terima Kasih.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد
Secara umumnya, Islam adalah agama yang menggalakkan perniagaan jual beli dan mengharamkan riba. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Surah al-Baqarah ayat 275:
وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
Maksudnya: Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
1. Jual beli melibatkan barang yang diterima secara rawak sebagaimana yang dinyatakan adalah tidak menyalahi syarak seandainya kesemua barang tersebut mempunyai kualiti serta nilai yang sama. Di samping itu, penjualan tersebut tidak mendatangkan perselisihan atau rasa tidak puas hati mana-mana pihak, penjual atau pembeli. Seandainya barang-barang tersebut mempunyai kualiti atau nilai yang berbeza-beza, atau ia boleh menyebabkan rasa tidak puas hati, maka penjualan tersebut adalah dilarang.
2. Adapun menerima barangan lain sebagai tambahan daripada sesuatu pembelian, ia dianggap sebagai hadiah dan ia diharuskan. Melainkan sekiranya membeli sesuatu barang dengan niat untuk mendapatkan hadiah lain yang lebih besar nilainya, maka di situ terdapat syubhah perjudian.
3. Membeli barangan atau hadiah yang diperolehi daripada sesuatu pembelian itu adalah diharuskan.
4. Pembelian barang tersebut tidak haram.
5. Tuan berhak untuk bertanya kepada mana-mana jabatan Mufti yang lain.
والله أعلم بالصواب