Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..Saya adalah seorang penghidap kencing manis yg kritikal...jika satu hari nanti kaki saya harus di potong untuk mengelak kuman berjangkit ke bahagian anggota badan yg lain...tapi sy memilih untuk membiarkan sahaja..tak memilih untuk di potong...adakah saya berdosa dengan pilihan saya...mohon pencerahan...
TERIMA KASIH...WASSALAM
Jawapan
Semoga tuan sihat sentiasa.
Dalam permasalahan ini, tuan dinasihatkan mendapatkan pandangan daripada pakar berkenaan implikasi sekiranya tidak dipotong kaki tersebut. Hal ini kerana ia berkemungkinan mendatangkan keadaan yang lebih parah terhadap anggota tubuh. Perkara seperti ini dianggap sebagai darurat. Apabila terdapat darurat yang akan mengganggu kesihatan tubuh secara kronik maka ia sewajarnya dihilangkan. Hal ini juga berdasarkan kaedah fiqh:
Maksudnya: Kemudaratan hendaklah dihilangkan.
Pada dasarnya hukum mendapatkan rawatan bagi mengelakkan sesuatu kemudaratan yang lebih besar seperti kehilangan anggota badan atau kehilangan nyawa adalah wajib. Namun begitu, sekiranya tuan memilih untuk tidak memotong kaki tersebut maka ia tidaklah dianggap sebagai berdosa akan tetapi tuan perlu berikhtiar dengan cara yang lain seperti menjaga kesihatan tubuh badan semaksima mungkin serta mengikut panduan dan nasihat yang diberikan oleh Doktor. Walau bagaimanapun mendapatkan rawatan adalah dituntut di dalam Islam kerana ia berkait rapat terhadap konsep maqasid syariah iaitu menjaga nyawa.