BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

 

Assalamualaikum

Suami enggan membunuh semut di rumah. Tambahan ibu nya berkata tiada semut nnt anai2 yg ada. Baik semut ada.

Serabut saya apabila rumah mempunyai semut yg agak byk. Hinggakan makann kucing dlm sangkar pum di makan. Tidak hairan . Yg pelik najis kucing pun semut kerumun.

masalah saya berlaku dlm kekalutan mengejar masa ( bekerja) balik prlru bgegas masak. Pernah letak smabal udang dlm tempoh 15min lbih kurang ..habis lauk dimasuki semut. Pinggan magkuk telah bercuci pun semut akan kerumun. 

Malahan atas katil kami pun semut akan lalu. Kena gigit semut pastilah bukan perkara baru. Namun itu smeua masih dia enggan utk bertindak. Semut di sini jika digigit badan akan bemgkak...bukan sehari hilang bengkak. Sekurnag2 nya dptkan maklumat dr pihak pest control utk kenalpasti adakah anai2 akan hadir jika tiada semut... Tiada cara utk halang kehadiran anai2 ?

Saya dah puas suarakan n bergaduh. Anak2 meminta saya bersuara. Saya pun meminta mereka bersuara sama..agar suara kami didengar. 

Benarkan semut mmg xbole dibunuh?

Padahal islam tu syumul..sempurna..tidak memyusahkan mana2 pihak


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد 

Berdasarkan persoalan puan, semut merupakan salah satu daripada empat haiwan yang diharamkan untuk dibunuh. diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata:

نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَتْلِ أَرْبَعٍ مِنَ الدَّوَابِّ: النَّمْلَةِ، وَالنَّحْلَةِ، وَالْهُدْهُدِ، وَالصُّرَدِ

Maksudnya: Rasulullah SAW melarang daripada membunuh empat binatang yang melata iaitu semut, lebah, hud-hud dan al-Surad (sejenis burung lang). (Riwayat Ahmad)

Dalam hal ini, Imam al-Khattabi menjelaskan bahawa semut terbahagi kepada dua jenis:

 Pertamanya, jenis yang mengganggu dan memudaratkan, maka mencegah kemudaratan atau gangguan daripada semut itu adalah dibolehkan membunuhnya.

 Keduanya, jenis yang tidak memberi mudarat iaitu jenis semut yang memiliki kaki yang panjang, dan tidak boleh untuk membunuhnya.

Oleh itu dapat difahami bahawa jika kehadiran semut di rumah memberi mudarat atau ancaman, maka hukum membunuhnya adalah diharuskan.Jika semut tersebut tidak memberi sebarang mudarat atau ancaman, maka hukumnya adalah haram untuk membunuhnya berdasarkan hadis Nabi SAW yang jelas melarang daripada membunuh semut, lebih-lebih lagi tanpa sebarang sebab mahupun keuzuran.

Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang baik kepada kita dalam mengamali dan menghayati agama-Nya. Amin

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 328

message user image