BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

1) Assalamualaikum, saya ada masalah was2 yang teruk dan sering terjadi, punca was was saya datang daripada air: air Mani, madzi dan wadi. Kerap keluar cairan pada seluar dalam kdg2 berlendir dan kadang2 sudah kering. Saya dah mengenalpasti cairan itu dan tidak terdapat sebarang tanda air Mani, dan saya dah mengenalpasti yg kering itu juga dan masih bukan Mani, tapi selepas itu perasaan was2 dtg walaupun itu bukan Mani. Saya telah membuat ujian air kencing dan doktor mengesahkan keputusannya normal tiada apa2. Disebabkan was2 tu, saya jadi tak tenteram, jantung berdegup laju, makan tak berselera dan apa jua perkara menjadi tak senang. Sehingga saya jadi fobia apabila melihat air kerana saya akan teringat semula was2 itu. Mula2 was2 setelah mandi wajib, setelah beberapa hari, saya sembuh daripada was2 itu, selepas itu saya terkena was2 yg lain pula, dan selepas sembuh, saya terkena lagi was2 yg baru. Saya dah Cuba utk tidak menghiraukan was2, tapi ia dtg juga. Tapi saya bersyukur sbb was2 ini tak buat saya rasa malas nak beribadah. Saya banyak belajar tentang jenis2 air, Mani, madzi dan wadi dan cara elak was2 mandi wajib dan air air itu, tapi semakin banyak saya belajar, semakin menjadi2 was was saya. Disebabkan was2 kerap berlaku, saya jadi berdebar dan x tenteram adakah ibadah saya selama ini diterima atau tidak dan saya jadi risau nak ke masjid sbb was2 tu selalu buat saya berdebar waktu solat dan fikiran saya selalu fikirkan was2 ketika solat. Saya takut amal ibadat yg saya lakukan selama ni x diterima disebabkan was2 itu. Dah berbulan2 kehidupan saya tak aman dan tak tenteram. Ada tak apa2 amalan dan doa yang saya boleh jadikan pegangan supaya apabila was was dtg, amalan tu boleh elakkan saya daripada was2 itu supaya was2 yang lain tak datang. Terima kasih atas pencerahan.

2) semalam saya ke tandas dan saya melihat pada seluar dalam ada seakan kesan air yang kering, warna kesan itu seakan coklat pudar, saya dah mengenalpastinya dan bukan Mani. Saya pun kurang pasti sama ada kesan seakan air kering itu datang daripada kemaluan atau tidak kerana kedudukan kesan seakan air kering itu tak sama dgn kedudkan kemaluan. Lagipun saya x merasakan apa2 tanda2 dan kemaluan juga kering semasa saya ternampak kesan itu. Disebabkan itu saya menjadi was2 kerana saya dah mengenalpasti itu bukan kesan Mani dan  saya juga kurang pasti dari mana asalnya kesan seakan air kering itu. Saya sering terkena was2 disebabkan oleh perkara yang saya sendiri kurang jelas dan kurang pasti. Terima kasih atas pencerahan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

1. Berdasarkan kepada persoalan tuan, untuk memahami perbezaan antara mani, mazi dan wadi ini perlu mengenalpasti dua perkara penting iaitu sebab keluar dan ciri-cirinya.

a. Cecair mani ini keluar ketika kemuncak syahwat serta mengakibatkan kepenatan. Ciri-ciri mani mempunyai bau seperti tepung yang diuli apabila ia basah atau berbau hanyir seperti bau putih telur jika ia kering. Wajib mandi mandi wajib meskipun tidak merasa lazat ketika keluarnya ataupun jika keluarnya tanpa memancut (bagi lelaki). Hukum air mani adalah suci, namun pakaian yang terkena air mani disunatkan untuk dibasuh terlebih dahulu sehingga tidak meninggalkan kesannya sebelum dipakai untuk menunaikan ibadah solat.

b. Air mazi keluar hasil dari bangkitnya permulaan syahwat atau ketika bergurau senda Bersama isteri dan tidak mengakibatkan kepenatan. Ciri-ciri Air mazi ini berwarna putih, halus dan melekit dan ia keluar tanpa memancut, kadang-kadang ia keluar tanpa disedari. Air mazi ini merupakan najis dan keluarnya air mazi ini membatalkan wuduk dan tidak perlu mandi wajib.

c. Air wadi keluar selepas kencing dan ketika mengangkat sesuatu yang berat. Ciri-ciri air wadi ini pekat seperti mani, tidak mempunyai warna. Wadi keluar sebanyak satu atau dua titisan. Jika keluar cecair wadi ini maka tidak perlu mandi wajib  

Oleh itu, sekiranya tuan merasakan keluarnya najis semasa solat atau mendapati terdapat najis sejurus selepas menunaikan solat, maka solat yang dilakukan adalah tidak sah dan perlu membersihkan najis tersebut jika terkena pada pakaian dan mengulangi solatnya semula.

Namun jika telah berlalu tempoh masa selepas solat maka tidak perlu mengulangi solat.

Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi was-was, antaranya:

  1. Berusaha mempelajari ilmu agama dan mendalaminya.
  2. Sentiasa berdamping dengan ulama’ dan orang-orang soleh.
  3. Bersabar dan terus mencuba untuk mengingatkan diri perasan was-was ini datang daripada syaitan.
  4. Berdoa, bermunajat dan berzikir kepada Allah SWT dengan memohon pertolongan dari-Nya untuk menghilangkan was-was. Antara doa yang diajarkan daripada Abdullah Bin Amru bin al-‘As pernah mendengar Rasulullah SAW membaca doa:

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Maksudnya: Ya Allah zat yang memalingkan hati manusia, palingkanlah hati kami kepada ketaatan untuk beribadah kepada-Mu. (Riwayat Muslim)

        5. Mengambil sikap tidak peduli terhadap was-was.

2. Berpeganglah dengan apa yang pasti dan tinggalkan apa yang tuan ragu.

Hadis daripada Abu Al-Hawra' Al-Sa'di bahawa Rasulullah SAW bersabda:

دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيبُكَ

Maksudnya: Tinggalkanlah yang meragukanmu, lalu ambillah yang tidak meragukanmu. (Riwayat al-Tirmizi).

Seandainya tuan pasti ia bukan najis, maka ia suci dan berserahlah kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang baik kepada kita dalam mengamali dan menghayati agama-Nya. Amin

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 358

message user image