BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada sedikit pertanyaan. Apakah hukum menggunakan percubaan premium akaun Youtube secara berterusan? Setiap kali percubaan percuma  selama satu bulan itu tamat, kita perlu membayarnya untuk meneruskan manfaat tersebut. Namun demikian, saya tidak membayar, sebaliknya akan membuat akaun baharu untuk  terus mendapat manfaat dari percubaan premium tersebut. Mohon soalan saya dapat dijawab dengan jelas


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga puan sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Hukum melanggan pelan percubaan premium Youtube adalah harus sekalipun menggunakan akaun yang lain berulang kali kerana puan hanya mendapatkan manfaat daripada langganan percubaan itu sahaja. Namun begitu, penggunaannya perlu dipastikan tidak melebihi kadar sepatutnya iaitu hanya dalam tempoh percubaan sahaja. Jika melebihi kadarnya maka puan mesti menjelaskan pembayaran seperti mana yang telah ditetapkan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 76

message user image