BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammulaikum,

Sewaktu saya masuk tandas, lantai tandas tiada air bertakung dan saya tidak nampak atau bau air kencing. Tapi selepas saya selesai kencing, saya bangun dan bilas kaki dan punggung saya sehingga air di lantai tandas bertakung. Lepastu Saya terjatuh passport di atas lantai yang bertakung air itu. Soalan saya adakah passport saya itu terkena najis. Apa saya perlu buat? Saya was-was takut air bertakung itu ada najis.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Semasa beristinjak, apabila terdapat najis yang mengalir bersama air basuhan lalu ain najis itu hilang dibawa air, maka tempat laluan air tadi adalah suci. Oleh itu, passport yang terjatuh dan terkena air basuhan najis yang mengalir tidak dianggap bernajis melainkan ain najis tersebut terkena pada passport lalu melekat. Seandainya najis yang mengalir bersama air basuhan itu terkena pada passport tanpa meninggalkan kesan ain, warna atau bau, maka passport tersebut adalah suci.

Walau bagaimanapun, seandainya kawasan atau tempat basuhan itu bertakung dan air tidak mengalir, dan jelas pada takungan tersebut ain najis, maka air takungan tersebut, kaki atau passport yang terkena air bertakung tersebut adalah menjadi bernajis. Jika tidak jelas tanda-tanda najis, maka saudara tidak perlu untuk berasa was-was.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 490

message user image