Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalamualaikum tuan/puan, apakah hukum memakai lipstick/lipmatte/lip balm ketika berpuasa?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد
Memakai lipstick/lipmatte/lip balm ketika berpuasa hukumnya tidak membatalkan puasa. Tetapi jika lipstick/lipmatte/lip balm dirasa-rasa dengan lidah dan menelannya maka puasanya batal. Langkah yang selamat dan bagi mengelakkan rasa was-was, lebih baik tidak memakainya.
والله أعلم بالصواب