BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum,

Pada 2 tahun lepas, saya membasuh pakaian yang terkana air mazi dalam mesin basuh automatik tanpa memebersihkan dulu. Selepas habis basuh, terdapat kesan air mazi lagi. Tapi saya hanya basuh pakaian itu tanpa membasuh pakaian yang dimasukkan sekali. Soalan saya:

1. apakah status baju lain itu dikira najis?
2. Bagaimana pula ampaian yang telah terkena pakaian basah itu? Adakah najis telah berpindah?
3. Adakah semua baju basah yang saya sidai di ampaian itu dikira najis selama 2 tahun ini? Apa perlu saya buat untuk perbetulkan kesilapan ini?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan dari pihak tuan, perkara tersebut telah pun berlaku 2 tahun yang lalu. Sehubungan itu, tidak timbul lagi isu berkaitan najis tersebut. Segala pakaian dan ampaian tersebut tidak bernajis. Adalah disarankan kepada tuan apabila terdapat najis pada pakaian, adalah lebih baik dibasuh terlebih dahulu pakaian yang terkena najis sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh bagi mengelakkan sebarang keraguan.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 127

message user image