BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

saya ingin bertanya tentang  jatuh talak. berlaku pergaduhana antara saya dan suami. suami ada mengatakan "selepas aku sihat aku akan ceraikan". adakah kata-kata ini dikategorikan jatuh talak kepada saya.

semasa pergaduhan saya sekeluarga mengalami demam. saya terasa hati dengan suami kerana tidak membantu hal-hal rumahtangga, dan dengan perasaan marah saya meminta suami melepaskan saya kerana semua kerja-kerja dan menjaga anak saya yang lakukan sendiri . disebabkan kata-kata saya suami dalam keadaan marah mengeluarkan kata-kata tersebut.

Mohon pihak tuan/puan memberikan pencerahan.

Terima kasih

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Perkataan yang dilafazkan oleh suami puan "selepas aku sihat aku akan ceraikan", adalah lafaz yang menunjukkan maksud "baru bercadang untuk bercerai atau baru berhasrat untuk melaksanakan proses perceraian pada masa akan datang”. Lafaz cerai tersebut mengandungi perkataan "akan" yang mana perkataan ini memberi kefahaman kepada kita bahawa suami pada masa akan datang, bila dia sudah sihat, dia akan melaksanakan hasratnya itu untuk bercerai sama ada melibatkan permohonan di mahkamah dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, sebaiknya isu ini dirujuk kepada Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran dengan kadar segera supaya mendapat pengesahan lafaz talak yang lebih jelas daripada pihak yang berautoriti.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 129

message user image