Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
1. Assalamualaikum, semasa saya mandi wajib, saya tak gosok kuku tangan dan kaki, saya menghulurkan kuku tangan dan kaki ke air pancut tanpa menggosoknya, adakah ia sudah dikira rata walaupun saya tak menggosoknya.
2. Macam mana cara cuci cadar, selimut, dan tilam yang dikhuatiri terkena najis mutawassitah sbb agak susah untuk mencucinya di asrama lebih lebih lagi tilam.
2. Macam mana cara cuci seluar dalam dan seluar yang dikhuatiri terkena najis mutawassitah supaya boleh digunakan semula untuk solat.
3. Kalau cecair yg keluar dari kemaluan keluar dalam kuantiti yang banyak tapi tidak ada semua tanda Mani, adakah ia dikira Mani.
4. Kadang kadang terasa seperti ada hentakan dalam kemaluan walaupun tidak melakukan apa2 aktiviti tak senonoh dan juga apabila ternampak gambar yang kurang senonoh. Tapi bila tgk kemaluan, tiada apa2 yang keluar. Perlukah saya mandi wajib setiap kali terasa hentakan itu.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة
الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد
1. Merujuk persoalan saudara, cukup sekadar melalukan dan meratakan air ke kuku tangan dan kaki.
2. Cadar, selimut atau tilam yang dikhuatiri terkena najis tidak perlu disucikan. Hanya sekiranya diyakini terkena najis, dengan melihat ain najis, warna atau bau, maka ketika itu ia wajib disucikan.
Cara menyucikan cadar, selimut dan tilam yang diyakini terkena najis mutawassitah adalah menghilangkan terlebih dahulu ain najis pada permukaan cadar, selimut dan tilam. kemudian basuh dengan air mutlak sehingga hilang sifat najis (bau, warna dan rasa). Sekiranya najis yang terdapat di atas tilam telah kering serta tidak dilihat padanya kesan atau sifat-sifatnya, maka bagi mensucikannya cukup dengan hanya mengalirkan air padanya. Sekiranya masih berbaki warna dan bau atau semata-mata rasa sahaja, hendaklah ia dihilangkan semampu mungkin dengan menggunakan bahan bantuan seperti sabun atau seumpamanya atau dengan menggosoknya sekuat mungkin sehinggalah sifat-sifat yang berbaki tersebut hilang. Sekiranya masih lagi tidak dapat dihilangkan ia termasuk dalam perkara yang dimaafkan serta sah solat di atasnya. Manakala sebarang air yang mungkin terserap di dalam tilam semasa proses pembersihan adalah tidak mengapa. Basuhan di bahagian luar sahaja telah cukup.
2. Saudara tidak perlu membasuh seluar dalam atau seluar yang saudara khuatiri terkena najis. Hanya Sekiranya diyakini terdapat najis pada seluar dalam di bahagian hadapan lubang kemaluan kerana terdapat cecair yang keluar seperti titisan air kencing atau mazi, saudara hanya perlu basuh di bahagian yang terkena najis tersebut sahaja dengan mengalirkan air mutlak/ air paip ke atasnya tanpa perlu membasuh keseluruhan seluar dalam.
3. Berdasarkan kepada kenyataan saudara, ia bukan air mani, tetapi ia adalah air kencing.
4. Mandi wajib perlu jika seseorang itu dalam keadaan berhadas besar seperti keluar air mani, bersetubuh, haid, nifas dan sebagainya. Berdasarkan kenyataan saudara, saudara tidak perlu mandi wajib.
والله أعلم بالصواب