BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz,

Nak tanye, kalau kita solat secara berjemaah and saya (makmum) terlupa rakaat ke berape semasa solat.

adekah perlu ganti rakaat or hanya ikut sahaja imam?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Makmum yang terlupa bilangan rakaat semasa solat maka makmum hanya perlu mengikut imam. Daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّما جُعِلَ الإمَامُ لِيُؤْتَمَّ به، فلا تَخْتَلِفُوا عليه

Maksudnya: Sesungguhnya dijadikan imam itu sebagai penyempurna untuk diikuti (oleh makmum), maka jangan melakukan perbuatan berbeza yang dengan dengannya. (Riwayat al-Bukhari)

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 116

message user image