BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Baru-baru ni adik saya meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri (adik ipar saya) dan 4 orang anak. Isteri arwah tidak bekerja dan kesemua anaknya telah berkahwin dan bekerja. Ada anaknya tinggal bersama arwah dan isterinya. Hidup sederhana sahaja. Tidak senang dan tidak susah. Arwah ada se-ekar kebun sawit dengan sedikit hasil.

Persoalan saya, adakah saya wajib memberi nafkah kepada isteri arwah semasa dalam edah walaupun beliau mampu menyara hidupnya dan tiada anak kecil? Jika isteri arwah menolak daripada menerima nafkah semasa dalam edah, apa yang perlu saya lakukan dan adakah saya dikira berdosa?

Terima kasih. Assalamualaikum


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya gugur setelah kematian suami. Hal ini kerana, isteri merupakan salah seorang waris yang berhak mendapat bahagian daripada harta peninggalan suaminya. Dengan demikian, harta peninggalan tersebutlah yang digunakan sebagai nafkah terhadap dirinya. Dan dalam persoalan di atas juga dimaklumi bahawa arwah suami meninggalkan anak-anak yang telah dewasa, berkahwin dan bekerja, maka tugasan untuk memberikan nafkah dan menjaga kebajikan balu ini adalah di bawah tanggungjawab anak-anaknya tersebut.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 128

message user image