BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum wbt... Di zaman yang moden ini banyak peranti perubatan sudah naik taraf seperti peranti untuk check bacaan gula dalam darah(CGM, Continuous Glucose Monitoring), peranti yang perlu tampalan(Patch) untuk beberapa waktu sebelum boleh mencabutnya semula, selalunya sehingga 14hari baru boleh ditanggalkan semula.

SOALAN saya: Sah atau Tidak Mandi Wajib jika tampalan(Patch) itu tidak ditanggalkan?. Jika mahu tanggalkan perlu waktu beberapa hari, apakah kaedah yang sesuai?. Mohon pencerahan.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga tuan sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Memakai Continuous Glucose Monitoring (CGM) untuk perubatan adalah dikiaskan kepada lasuq iaitu tampalan. Maka ia termasuk dalam perbahasan jabirah iaitu balutan yang terdapat di atas tubuh badan. Sesuatu tampalan di atas tubuh badan (pada anggota wudhu) hanya disyaratkan sapuan air sahaja sama ada berwudhu atau mandi wajib. Maka sah mandi wajib dalam keadaan memakai CGM dan hanya memadai sapu air di atasnya sahaja.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 101

message user image