BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Ibu mertya sy telah disahkn Mild Alzhimer (Alzhimer Sederhana)

Ibu sering lupa perkara2 asas dlm kehidupan seharian seperti hari, bilangan anak, nama ahli keluarga. 

Namun masih waras pemikiran, masih ingat utk melakukan ibadah solat, solat sunat, puasa, puasa sunat dll. 

Tidak juga melakukan perkara diluar kewarasan akal manusia normal. 

Apakah hukum berpuasa bagi ibu sy ini, dn adakah puasanya terbatal dsebabkn penyakit alzhimernya.

1.Kami ahli keluarga berasa was-was tentang status kewajipan puasa baginya.

2. Adakah ibu sy ini wajib membayar jika puasanya terbatal dsebabkn penyakit alzhimernya?

Semoga persoalan ini sgera dpt dirungkaikn mnjelang ramadhan yg bakal tiba tahun ini. 

 

Syukran Jazilan. 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan soalan di atas, dalam istilah ilmu fikah, ibu mertua puan dianggap berada dalam kategori taklif golongan ma'tuh. Ma'tuh bermaksud individu yang kurang akal, atau yang rosak akal warasnya. Hukum taklifnya adalah sebagaimana hukum kanak-kanak yang telah mumayyiz iaitu sah ibadahnya jika dilaksanakan dengan sempurna, namun dia tidak diwajibkan ke atasnya tuntutan syarak seperti puasa, solat dan lain-lain. Namun sekiranya penyakit tersebut telah mencapai tahap kritkal iaitu middle-stage atau severe alzhimer, berkemungkinan dia berada dalam kategori junun (gila) dan tidak diwajibkan ke atasnya apa-apa tuntutan syarak dan tidak sah sekiranya dia melakukannya. Pandangan ahli perubatan juga perlu diambil kira dalam isu ini.

Oleh itu, dalam situasi semasa ini, sekiranya dia melaksanakan ibadah puasanya dengan sempurna, maka puasanya sah. Namun sekiranya dia tidak melaksanakannya dengan sempurna disebabkan penyakit ini seperti dia makan minum dalam keadaan lupa disebabkan penyakit ini, atau dia melakukan perkara yang membatalkan puasa, maka hendaklah dibayar fidyah bagi setiap hari yang ditinggalkannya.

Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

رُفِعَ القلم عن ثلاثةٍ: عن النَّائم حتى نونِ حتى يَعقِل

Maksudnya: Diangkat kalam (dosa) daripada tiga golongan: orang yang tidur sehingga dia jaga, kanak-kanak sehingga baligh dan orang gila sehingga dia berakal.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 219

message user image