BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Saya ada persoalan berkaitan menerima ajakan bertunang lelaki yang meninggalkan ilmu agama sejak kecil. Saya kenal dengan lelaki ini baru 2 bulan, tetapi lelaki tersebut sudah mengajak bertunang dan berkahwin dengannya. Beliau mahu bertunang 3 bulan dari sekarang.. Sedangkan kami baru sahaja berkenalan. Sepanjang perkenalan, saya mendapati beliau dan keluarganya tidak menunaikan solat 5 waktu, sedangkan doa qunut juga beliau tidak hafal. Dan pelbagai ilmu agama lagi yang kurang dari keluarga beliau dan beliau sendiri.

Saya bukanlah meminta yang terlalu alim, cumamnya saya berpandangan lelaki sebegini tidak boleh memimpin saya pada waktu akan datang jika saya menjadi isteri beliau kelak. Akan tetapi saya rasa serba salah hendak menolak ajakannya untuk berkawin. Beliau baik, cumanya kuat mencarut, adik beradiknya begitu juga.

Keluarganya malah mendesak untuk beliau berkahwin dengan saya secepat yang mungkin. Keluarganya sudah mengenali saya dan kami pernah keluar bersama-sama.  Jadi saya malu, dan tidak tahu buat apa untuk menolak ajakan lelaki tersebut. Adakah saya perlu menerima ajakan beliau untuk bernikah dengannya?

 

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Antara perkara yang amat dititikberatkan oleh agama dalam urusan rumahtangga dan pemilihan pasangan hidup ialah sekufu. Dalam Fiqh al-Manhaji, sekufu atau kufu’ bermaksud persamaan taraf lelaki dan perempuan dari beberapa aspek antaranya ialah:

  • Agama dan kesolehan
  • Pekerjaan
  • Tidak cacat

Oleh itu, berdasarkan pertanyaan di atas. Perihal agama pasangan amatlah perlu diambil kira kerana ia melibatkan urusan kehidupan kita selepas perkahwinan. Tidak menunaikan ibadah wajib seperti solat lima waktu, puasa Ramadan merupakan dosa besar dan dianggap sebagai orang fasiq. Justeru, lelaki yang fasiq dianggap tidak sekufu kepada wanita yang solehah. Benar, lelaki beragama dan soleh ini tidak semestinya alim, cukup sekadar dia menunaikan segala perkara yang wajib seperti solat lima waktu, berpuasa, membayar nafkah dan lain-lain.

Oleh itu nasihat kami, berbincanglah dengan ahli keluarga terlebih dahulu dengan menilai aspek-aspek tersebut. Tidak salah untuk menolak ajakan tersebut secara baik kerana kefahaman agama adalah antara perkara yang amat dititikberatkan dalam Islam. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Maksudnya: Pilihlah perempuan yang beragama nescaya beruntunglah kamu. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 193

message user image