Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..
Soalan 1.
Sebelum ini iaitu pada tahun lepas Ketika saya menunggang motosikal di jalan raya pada waktu malam, Saya telah terlanggar bangkai anjing ketika hujan. PERSOALANYA, Adakah saya perlu sertu motosikal saya dan juga kaki kiri dan kanan saya kerana telah terkena tempias air hujan yang bercampur air jalan dari kawasan bangkai anjing tersebut.
Soalan 2.
Saya telah parkir motosikal saya bersebelah motosikal orang lain dalam jarak yg dekat pada cuaca yang panas tetapi seekor anjing telah datang dan kencing di sport rim serta tayar motosikal orang tersebut. Saya terus pergi lihat sport rim motosikal saya tetapi tidak nampak kesan terkena percikan air kencing tersebut dengan pandangan mata kasar berkemungkinan percikan tersebut telah kering atau tidak terkena sport rim motosikal saya.PERSOALANYA, Adakah Sport rim motosikal saya perlu disertu.
Soalan 3.
Sebelum ini, Ketika saya mahu keluar rumah untuk bekerja, Saya dapati terdapat kesan air di atas selipar/kasut hadapan pintu dan juga di atas simen rumah. Saya syaki air tersebut dari libasan bulu anjing yang terkena hujan kerana beberapa ekor anjing kerap datang berteduh di hadapan rumah saya. Saya telah membasuh menggunakan (1) Air Tanah yang cair dan (6) air biasa terhadap lantai simen ,semua kasut termasuk pintu,ampaian serta beberapa barang yang berdekatan kerana kuatir kesemua barang tersebut berkemungkinan juga telah terkena libasan air dari bulu anjing tersebut. PERSOALANYA, Adakah betul tindakan saya tersebut.
Jawapan
Pada dasarnya sesuatu benda adalah suci kecuali telah jelas padanya terdapat najis. Asal kepada sesuatu yang bersih itu kekal dianggap bersih sehingga terbukti secara yakin ia telah dicemari oleh najis. Andaian ataupun syak tidak mengubah status asal yang bersih itu. Sebagaimana kaedah fiqh:
Maksudnya: Keyakinan tidak dihilangkan oleh keraguan (syak).
Oleh itu, merujuk kepada persoalan tuan:
1. Tidak perlu sertu motorsikal dan juga kaki tuan sekiranya tidak dapat dipastikan telah terkena najis atau terdapatnya najis pada motorsikal dan kaki tersebut. Ia kekal suci dan tidak bernajis.
2. Tidak perlu disertu sport rim motorsikal tersebut kerana ianya hanyalah sekadar andaian dan tidak terdapat padanya najis yang memerlukan kepada proses sertu.
3. Tindakan yang dilakukan tersebut betul bagi menghilangkan rasa keraguan pada diri tuan sendiri. Namun sekiranya tidak dapat dipastikan dengan jelas terdapatnya najis daripada anjing pada tempat-tempat tersebut, maka tidak perlu sertu cukup sekadar dibersihkan dengan air mutlak sahaja. Ini kerana ianya adalah sekadar andaian ataupun syak sahaja dari pihak tuan.
Sekian, terima kasih.