Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualikum ustaz,
Saya Ingin bertanya saya ada memohon line hp berbil lebih kurang 5 tahun lepas sebanyak rm87.00 apabila saya nk membayar syarikat tersebut dah ditamatkan tidak ujud lagi.
Adakah saya dikira berhutang ,Saya Mohon dapatkan perjelasan dari ustaz macamana saya nk membayar hutang tersebut dan kemana hendak disalurkan.
Sekian terima Kasih.
Jawapan
Di dalam surah al-Maidah ayat 1, Allah SWT berfirman:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.
Bersyukur kepada Allah SWT memberikan hidayah kepada tuan untuki melunaskan hutang yang dinyatakan. Jalan terbaik yang boleh dilakukan bagi melunaskan hutang tersebut adalah cuba sehabis baik mencari semula pembekal tersebut dan sekiranya syarikat tersebut sudah tidak wujud lagi, pihak tuan boleh membayar hutang tersebut kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Semoga usaha ini dapat menghindarkan diri dari dipersoalkan di akhirat kelak.
Daripada Suhaib RA bahawa Rasulullah SAW juga bersabda:
Maksudnya: Sesiapa sahaja yang berhutang lalu berniat untuk tidak mahu melunaskannya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari Kiamat) sebagai seorang pencuri. (Riwayat Ibnu Majah)