BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

salam. apa hukumnya seorang pelajar bujang menggunakan duit geran khas prihatin daripada kerajaan yang pada asalnya bertujuan untuk menjadi modal perniagaan bagi membantu rakyat,tetapi pelajar tersebut menggunakan wang itu untuk keperluan kehidupan seperti membayar sewa rumah & mengisi petrol dan tidak membuat sebarang urusniaga menggunakan duit itu?

 

Dan apa sepatutnya pelajar tersebut lakukan dengan duit tersebut  jika tidak ada masa untuk melakukan urusniaga kerana sibuk dengan pelajaran?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan, ia sepatutnya tidak disalah gunakan kemudahan yang telah diberikan oleh pihak Kerajaan iaitu bagi membantu golongan belia memulakan perniagaan dan adalah perbuatan tidak amanah dengan apa yang telah ditetapkan atau disyaratkan oleh pihak Kerajaan.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ

Maksudnya: Orang Islam itu terikat dengan syarat-syaratnya (perjanjian yang dibuat). (Riwayat al-Baihaqi)

Dikhuatiri perbuatan tuan termasuk dalam firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 29:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأۡكُلُوۤا۟ أَمۡوَ ٰ⁠لَكُم بَیۡنَكُم بِٱلۡبَـٰطِلِ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil. 

Seharusnya sebagai seorang muslim yang taat kepada ajaran agama Islam tidak sepatutnya perkara ini dilakukan, seolah juga boleh dikategorikan mengambil hak orang lain yang lebih berhak memerlukan dana ini. Walaupun tuan menggunakannya untuk kebaikan dan tidak membazir dengan membeli perkara yang sia-sia, perbuatan ini tetap salah.

Sekiranya tuan sudah berniat dan memohon geran ini sewajarnya ia digunakan untuk perkara yang ditetapkan. Sekiranya memang tuan sama ada dirancang mahupun tidak untuk mewujudkan perniagaan disebabkan sibuk belajar, tidak sepatutnya geran ini dimohon. Walhal Kerajaan juga ada menyediakan dana-dana khusus bagi membantu keperluan pelajar seperti tuan. Sekiranya dana itu tidak boleh dipulangkan, sewajarnya diserahkan kepada pihak Baitulmal Negeri.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 134

message user image