BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

SALAM TN MUFTI.. NAK BERTANYA MENGENAI PUASA .. JIKA SAYA MENAIKI KAPAL TERBANG BERTOLAK DARI KLIA  1730 PETANG DI JANGKA SAMPAI KE TAWAU SABAH 2030 MLM . PERSOALANNYA BILAKAH SAYA MEMBOLEHKAN BERBUKA PUASA .. ADAKAH MENGIKUT WAKTU BERBUKA PUASA DI KAWASAN SEMENANJUNG ATAUPUN DIPERAIRAN SARAWAK ATAU DIPERAIRAN  SABAH? MOHON TN MUFTI MENJELASKAN. TERIMA KASIH.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Anda perlu berbuka puasa berdasarkan waktu di tempat anda berada, sekiranya ketika waktu berbuka anda berada di perairan Sabah atau Sarawak maka waktu berbuka anda adalah berdasarkan waktu setempat di perairan Sabah atau Sarawak. Hal ini kerana ibadah puasa bergantung kepada waktu terbit matahari atau waktu Subuh sebagai tanda bermulanya puasa dan juga waktu terbenam matahari iaitu waktu Maghrib sebagai tanda berakhirnya waktu berpuasa iaitu masuknya waktu berbuka. Kedua-dua waktu ini adalah bergantung kepada kedudukan seseorang itu di mana dia berada dan perlu mengikut waktu dilokasi dia berada.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.                                                                     


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 159

message user image