BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum 

saya ingin bertanya tentang faraid. Saya telah dapat sijil faraid untuk duit simpanan asb arwah ibu saya.

kemudian baru saya tahu ada lagi wang tunai ibu saya yg belum difaraid. Bolehkah saya buat pembahagian wang tersebut kepada waris berpandukan sijil fraid yg sedia ada? Atau saya perlu mohon sijil faraid yg baru,

Harap dapat penjelasan dari pihak tuan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Hasil semakan Jabatan ini dengan Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor berhubung perkara ini, anda boleh menggunakan sijil faraid yang telah dikeluarkan untuk membahagikan duit simpanan ASB arwah ibu sebagai panduan pembahagian wang tunai ibu yang belum difaraidkan. Untuk mendapatkan lebih kepastian anda boleh berhubung dengan Bahagian Baitulmal MAIS untuk mendapatkan nasihat berkaitan pengurusan harta pusaka.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.                                                                     


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 72

message user image