BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah hukum jika kita memohon kerja menggunakan ijazah tetapi semasa belajar di tahun akhir saya ada menipu data untuk menyelesaikan tesis saya. Apakah status gaji yang diterima sekiranya saya memohon pekerjaan menggunakan ijazah tersebut? Adakah halal atau haram?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, perbuatan menipu adalah berdosa hukumnya. Saudari hendaklah bertaubat di atas kesalahan yang telah dilakukan dahulu dan tidak mengulangi perbuatan tersebut dikemudian hari. Gaji saudari adalah halal jika pekerjaan tersebut tidak melibatkan perkara yang haram, begitu jugalah sebaliknya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 181

message user image