BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Saya sedang menggunakan bilik air untuk mandi. Tiba saya perasan ada sedikit najis di lantai. Saya menyiramnya/ menolak dengan air (gayung). Najis tersebut pergi ke hujung bilik air tetapi air mengalir semula kepada saya sebelum masuk ke dalam lubang. Adakah air tersebut dikira najis walaupun ia tidak membawa najis sekali? 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, semasa membersihkan najis yang terdapat di lantai, najis telah berpindah ke hujung bilik air dan air basuhan telah mengalir semula kepada anda maka, seandainya air yang mengalir tersebut tidak berubah sifatnya serta tidak membawa kesan najis seperti bau, warna atau rasa, maka air itu bukan air mutanajis. Namun sekiranya air itu berubah sifatnya dengan terdapat kesan najis seperti bau, warna atau rasa, atau air itu bertakung, maka air itu menjadi air mutanajis.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 133

message user image