BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Selepas sujud sajadah pada subuh jumaat, kita harus terus bangun atau ada tomaninah berhenti sekejab duduk dan bangun macam biasa


message user image

Jawapan  

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه

Merujuk kepada persoalan saudara, perbuatan toma'ninah ini melibatkan 4 rukun solat sahaja iaitu rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Manakala duduk seketika selepas daripada sujud sebelum berdiri disebut sebagai duduk istirahah. Duduk istirahah daripada sujud kedua sebelum berdiri di dalam solat adalah sunat hukumnya. Namun ia tidak disyariatkan atau disunatkan berbuat demikian selepas daripada melakukan sujud Sajadah atau sujud Tilawah di dalam solat. Walau bagaimanapun, bagi sesiapa yang melakukannya, perbuatan tersebut tidak membatalkan solat kerana duduk istirahah tidak dianggap sebagai satu rukun di dalam solat.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 58

message user image