BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarokatuh. 

Dengan ini, saya ingin mengemukakan satu soalan mengenai kemusykilan saya tentang sesuatu perkara. Mudah mudahan pihak mufti dapat memberi penjelasan serta jawapan berkenaan hal ini. 

Saya sering diberi hadiah oleh sahabat baik saya. Sampai lah saya terlihat satu kejadian di depan mata, yang mana sahabat saya ini mencuri. Tetapi dia tidak tahu yang saya terlihat perbuatannya. Sampai saat ini saya meragui semua barang yang pernah diberi olehnya. Adakah semuanya dia dapatkan dengan cara yang sama seperti kejadian yang saya terlihat tanpa sengaja. Apabila saya beranikan diri beritahu apa yang saya lihat, dia menafikan hal itu dan mengatakan semua pemberiannya hasil titik peluhnya, bukan hasil curi.

Jadi kesimpulannya, apakah status dan hukum menggunakan barang yang kemungkinan hasil curi walaupun saya tidak membeli, tetapi diberi. Jika tidak guna, takut sahabat saya terasa hati. Jika digunakan, ragu dengan hukumnya. 

 

Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Menurut soalan puan, harus menggunakan barang yang diberi oleh kawan puan sebagai hadiah kepada puan. Mengenai kemungkinan barang tersebut dari hasil curi hanyalah andaian puan dan kawan tersebut sudah menafikannya.

Melainkan sekiranya puan mempunyai bukti yang kukuh serta pasti tanpa ragu-ragu bahawa barang tersebut adalah barangan curi, maka puan hendaklah memulangkan kepada pemilik barang tersebut jika diketahui atau memulangkan semula kepada kawan puan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 140

message user image