BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Salam ustaz,

Saya nak tanya. Apa perlu sy buat sekiranya telah terguna duit harta pusaka arwah ayah sebelum dibahagikan. Dan skrg sy tiada duit utk membayarnya semula. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga tuan sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Pembahagian harta pusaka mengikut faraid ialah perbuatan yang sangat dituntut di dalam Islam. Hal ini adalah berdasarkan kepada hadis daripada Abdullah bin ‘Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَلْحِقُوا الفَرائِضَ بأَهْلِها، فَما بَقِيَ فَهو لأوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ

Maksudnya: Hendaklah kamu berikan fardu-fardu (bahagian-bahagian) kepada ahli-ahlinya, apa yang berbaki maka untuk lelaki yang lebih utama. (Riwayat al-Bukhari)

Maka dalam permasalahan ini, tuan perlu mengenalpasti jumlah harta pusaka yang diterima secara tepat kerana ia melibatkan pembahagian harta yang berhak dimiliki oleh setiap pewaris.  Permasalahan menggunakan dahulu duit harta pusaka ini dikira sebagai berhutang terhadap pewaris-pewaris yang lain. Maka solusinya adalah tuan perlu membuat kiraan pembahagian faraid kepada setiap pewaris yang berhak berdasarkan jumlah harta yang diperoleh. Kemudian, lunaskan pembayaran (hutang) bahagian-bahagian mereka secara beransur-ansur mengikut kemampuan sehingga selesai. Nasihat kami, tuan perlu mendapatkan saranan dan panduan daripada perunding harta pusaka supaya proses pembahagian harta dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan menepati syarak.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 78

message user image