BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Apakah hukum melakukan rawatan PRP dan adakah membatalkan puasa jika dilakukan pada kulit wajah atau kulit rambut?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Rawatan Platlet Rich Plasma (PRP) ialah rawatan yang diguna berasaskan darah manusia. Hukum mendapatkan rawatan menggunakah darah adalah haram kerana darah itu najis.

Adapun, jika rawatan itu dilakukan pada wajah atau kulit tidaklah membatalkan puasa kerana tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 187

message user image