BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan mufti


Soalan saya berkaitan taharah. Saya ada kemusykilan tentang air warid (air datang) mengikut mazhab syafie untuk menyucikan najis mutawassitah contoh air kencing, jika air datang dari paip air di jirus ke atas seluar yang terkena najis kencing, selagi air itu tidak berubah sifat seperti berubah warna dan tidak sampai 2 kolah, jika air warid itu bersentuh dengan najis kencing, adakah air itu masih dinamakan air suci? Percikan dari basuhan itu jika terkena pada pakaian atau badan adakah masih suci? Harap tuan mufti dapat meleraikan kekusutan kemusykilan yang saya hadapi.

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan persoalan yang dikemukakan, air jirusan dari seluar yang terkena najis kecing adalah air mutanajis selama najis itu masih ada pada seluar tersebut. Adapun percikan daripada air jirusan tersebut adalah dimaafkan memandangkan ia sesuatu yang sukar untuk dielakkan. Tambahan pula sukar untuk memastikan bahawa percikan tersebut adalah najis kencing atau bukan. Adalah dinasihatkan untuk melakukannya dengan berhati-hati dan tidak menggunakan air paip yang deras. Namun seandainya najis pada seluar telah hilang, maka air jirusan daripada seluar itu serta percikannya adalah suci.

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 235

message user image