BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

 

Assalamualaikum Ustaz,

 

Saya Kamila. 

Kakak saya kerja di sebuah warehouse. Salah satu company yg gunakan service mereka adalah company yg melibatkan arak. Guna utk simpan brg sat, pastu depa ambik blk.

Kakak saya kerja sbg kerani. Dia antara kerani yg uruskan surat incoming & outgoing brg. 

 

Soalan:

1- Adakah kerja kakak saya tu halal @ haram?

2- Adakah tergolong dlm 10 golongan yg dilaknat Allah yg berkaitan arak? 

3- Kakak saya sara family kami. Adakah duit yg kami guna semua tu halal @ haram?

4- Sekiranya haram, adakah pakaian, makanan & semua benda yg dibeli dr duit gaji akak saya tu haram?

Saya check kat internet, saya jumpa jwpan ni kat link mufti. Ada pendpt kata haram, ada yg harus. 

 https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3950-al-kafi-1508-hukum-bekerja-di-syarikat-pengeposan-yang-melibatkan-penghantaran-arak

Mohon sgt supaya Ustaz bg jwpan utk soalan2 saya. 

Terima kasih

 

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Arak merupakan perkara yang haram. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 90:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, Nabi Muhammad SAW bersabda:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالمُشْتَرِي لَهَا، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ

Maksudnya: Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya. (Riwayat at-Tirmizi) 

Para ulama berpendapat bahawa pekerjaan yang melibatkan dengan arak adalah diharamkan seperti pemprosesan dan penjualan arak.

Oleh itu, merujuk kepada persoalan yang diutarakan:

1- Hukum bekerja sebagai kerani di sebuah gudang simpanan barang adalah diharuskan walaupun terdapat syarikat yang menggunakan perkhidmatan syarikat gudang tersebut untuk menyimpan arak. Ini adalah kerana kakak puan hanya ditugaskan untuk memastikan apakah barang yang masuk serta keluar daripada gudang dan tidak terlibat secara langsung di dalam menjual, mengangkat atau menyimpan arak tersebut.

2. Kakak puan tidak tergolong di dalam 10 golongan yang dilaknat oleh Allah swt seperti di dalam hadis di atas.

3. Pendapatan yang diperolehi oleh kakak puan adalah halal. Walau bagaimanapun, kakak puan disarankan untuk melakukan penyucian pendapatan, seandainya dirasakan perlu, dengan mengeluarkan sedikit daripada pendapatan beliau berdasarkan kepada kadar upah tempoh dia bekerja bagi menguruskan keluar masuk arak yang disimpan. 

4. Pakaian, makanan dan semua barang yang dibeli dari pendapatan kakak adalah halal. 

الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 176

message user image