BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya nak tanya tentang berniat ihram di miqat. Saya sekeluarga bercadang untuk bercuti di beberapa kawasan di Arab Saudi disamping itu menunaikan ibadah umrah.

Perancangan perjalanan adalah seperti berikut. Bertolak dari Malaysia ke Kota Jeddah. Melancong selama 3 hari 2 malam di sekitar bandar Jeddah, kemudian diteruskan dengan menunaikan ibadat umrah (tinggal di kota mekah 5 hari 4 malam) dan diteruskan perjalanan ke kota madinah sebelum berangkat pulang ke Malaysia. 

Persoalan saya, pada waktu bilakah saya perlu berniat ihram? Dan di mana lokasi saya perlu berniat ihram? Adakah saya perlu patah balik semula dari Jeddah ke qarnul manazil untuk bermiqat? Terima kasih.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Dalam isu ini, saudara wajib berniat di miqat qarnul manazil. Hal ini disebabkan kedatangan saudara ke tanah suci adalah bertujuan untuk melaksanakan ibadah umrah walaupun sebelum itu melancong terlebih dahulu di Jeddah. Jika saudara berniat di Jeddah maka saudara wajib membayar dam dengan menyembelih seekor kambing kerana tidak berniat ihram di miqatnya.

Saudara boleh merujuk huraian jawapan yang lebih terperinci sebagaimana yang diberikan oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang di pautan berikut http://ekemusykilan.penang.gov.my/bank_detail.php?id=848

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 135

message user image